BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 16, 2014

Laa tahzan..innallaha ma'ana

Merasakan sangat tidak patut pabila segala kebaikan seseorang itu dengan mudahnya dilupakan disebabkan satu kesalahan. Hakikat manusia tidak lari dari membuat kesalahan. Fitrah.Yg membezakan adakah dia sedar, insaf dan mohon maaf. Cuma manusia yg terlalu suka memperbesarkan hal yg kecil. Siapakah kita untuk menghukum dan menilai? Kita semua hanyalah hamba-Nya yg hina. Sama disisi Allah. Yang membezakan hanyalah ibadah dan amalan. Hanya Allah yg boleh menilai hamba-hamba-Nya.

Buang ego. Minta maaf tak kiralah siapa yg salah. Minta maaf tak semestinya kita yg salah. Sekurang-kurangnya kita dah berusaha untuk merapatkan semula jurang yg semakin luas. After that, then the best reaction is to keep silent. Better. Daripada berbalah. Berperang mulut. Let them say anything they want to say about you. Kita tak mampu nak tutup mulut setiap manusia yg berkata-kata kan. Kalau selalu fikir pasal apa yg orang akan cakap pasal kita, memang tak ke manalah kita.

Sedangkan kita hanyalah manusia biasa yg pasti membuat kesilapan. Setiap orang buat salah. Apa yg lebih penting adakah kita belajar dari kesalahan yg lepas. The world will be better when people are not busy for revenge. Belajarlah untuk memaafkan kerana kemaafan itu adalah dendam yg sangat indah. 

Sabar lah wahai hati yg bersedih.. ingatlah Allah sentiasa ada bersamamu..Never give up. Betulkan niat. Semoga Allah redha..


lets hope for the betterment

0 comments: