Diceritakan dalam suatu kisah,
Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Mueeza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali
Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong Mueeza dan di taruh
di pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong
ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti
lantunan suara adzan.
![]() |
| my Brother's cat also named Mueeza |
Kepada para sahabatnya, nabi
selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga
sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat,
dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang
tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk
mencari makan sendiri. Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini
adalah siksaan neraka.
Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya. Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadith yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidak diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang masyhur ialah Abd Syams.
Beliau berasal daripada kabilah ad-Dusi di Yaman. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah RA. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah.
Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya.
#kopipes
Sumber : sekadarfikrah.blogspot
Semoga bermanfaat.

0 comments:
Post a Comment