BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 12, 2014

Kawan vs. Sahabat

Susahnye nak buat orang faham tentang keputusan yg kite buat. The truth is they will never understand. Mereka akan kate mereka faham kite, tapi hakikat nye tidak. Mereka akan kate yg mereka tak kesah, padahal mereka tunjuk yg mereka tak puas hati dengan kite dari segi perbuatan. Terus boikot. Tak cakap walaupon selalu berjumpe. Air muka dan mata mereka jelas menunjukkan ape yg sebenarnye. Sesiapa pon takkan faham kalau bukan mereka yg mengalaminye sendiri.

Susah nak menolak pelawaan mereka. Serba salah. Bila pada suatu ketika dahulu, pelawaan terpaksa ditolak, tapi disalah anggap asbab mengapa terpaksa menolak pelawaan mereka. Terus menjatuhkan hukuman tanpa tahu ape yg sebenarnye. Mereka kate mereka tak kesah untuk berbelanja lebih untuk persahabatan. Tapi mereka yg tak mampu untuk berbelanja untuk persahabatan terus disalah anggap tidak mementingkan soal ukhuwah persahabatan.

Mungkin kerana cara pemikiran yg berbeza. Mungkin juga kerana persepsi setiap org mengenai persahabatan tak sama. Mungkin juga kerana gaya hidup dan persekitaran yg membuatkan seseorang itu berfikiran begitu. Hidup bukan hanya mengenai persahabatan. Malah jauh lebih luas dari itu. Dan persahabatan adalah sebahagian dari hidup. Dalam sebuah hadith, Rasullullah s.a.w pernah menjelaskan peranan sahabat terhadap seorang muslim yg lain.

“Permisalan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang pandai besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau bisa membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan pandai besi, bisa jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak sedap.” (HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628)

Nak orang faham kite, kite kena faham orang dulu. and I'm working on it. Ketika ini, diri masih lagi mencari seorang sahabat dalam erti kata yg sebenarnye. Bukan sekadar kawan gelak ketawa bahkan lebih dari itu. Aku berharap suatu ketika nye nanti, aku akan dapat seorang sahabat yg selalu mengerti dan tak bersangka buruk terhadap sahabat nye. Sahabat ketika susah dan senang. Ketika jatuh dan bangkit semula. Dan aku akan terus berdoa agar suatu hari nanti, jika diizinkan Allah, ‘mereka’ akan faham dan mengerti akan keputusan yg ku buat pada ketika ini. Amin..

0 comments: